Monday, May 01, 2006

..Inside her shoe


Antara kenangan dan impian

Semalam.. aku cuti.. ntah la.. aku dah semakin hilang tumpuan kerja aku.. macam2 yang aku fikirkan.. napelah aku terpaksa gak buat kerja yang tak pernah aku 'berminat' nak buat.. arghhh…tp hakikatnya.. itulah kerja aku.. itulah rezeki aku..

Semalam.. seharian aku abiskan masa berjalan melawat kota metropolitan yang telah agak berhari2 aku tak jengah… ehmm tak sangka sekejab jer.. dah banyak yang berubah..kali nie kemeriahAN SALE berganda2.. malangnye poket aku jer yang tak pernah berganda2 isinya.. makin berganda kurangnya adalahh..hehhh

Seharian aku berfikir dan terkenangkan pertemuan semalam… pertemuan yang sedikit sebanyak telah membuatkan begitu tergerak untuk memikirkan nya semula..

Fiza.. gadis berkulit hitam manis, bersaiz sederhana, berwajah kampung dan punyai cita2 yang tinggi.. fiza yang dulu pernah menjadi kawan baik aku.. kini didepan mata aku.. arghhhh rindu bangat sey.. masih terbayang saat nakal aku dan dia masa zaman mortal kombat di asrama dulu..Dah lama benar aku tak dengar khabar berita dari nya…

eh fiza.. fiza ke nih? Alahaiii rindunya..

Sambil menganguk2 dia segera mendakap erat aku.. takkan la ko dah lupakan aku yang cantik nie..mell? kedebik badan aku di debik nye…

auuuu..sakit ar.. masih tak berubah! Suke sangat debik rangka2 tulang aku yang sedia comel nie.. kami ketawa bersama.. alahaii so sweet arr..

kau masih mcm tu jugak.. masih kecik macam budak sekolah.. ko tak makan ke mell? Wekekekeke… balas nya mesra.. kami terduduk tergelak.. hampehh pempuan nih..

kami bertukar2 cerita.. dari hal kerja.. keluarga, belajar, kawan2 hingga cerita2 pasal pasangan hidup masing2.. sesunguhnya apa yang paling berharga yang telah terjalin antara dua sahabat ini adalah Keihklasan dan kepercayaan.. 'tiada lagi rahsia antara kita..' so sweet..

tapi aku tak mungkin setabah dia..yang mampu memperlihatkan apa saja yang dirasanya… apa saja yang menganggu jiwanya.. ye.. aku nie hanya boleh jadi pendengar terbaik dalam koleksi kawan2 dia... eccehhh… seharian kami lepak bersama, makan bersama dan sepanjang itulah.. ceritanya.. gelak tawanya, suaranya, satu persatu perkataan mengunkai ayat nya tak henti2 masuk dalam hardisk kepala aku.. hehehh kau masih tak berubah fiza..

fiza.. dah banyak kau bercakap..kau tak penat ke..?

celah aku di tengah2 cerita nya.. terdiam sekejab minah nie.. bulat matanya memandang aku.. buntang! macam nak terkuar.. hehehh dia bengang lah tu aku dah potong nikmat dia bercerita.. hehehh

kusss semangat..terkejut aku.. terus kami tertawa…

mell.. ko ingat tak pada shidi?..ehmm.. fiza merenung aku bersahaja..

haa.. naper ngan mamat kesayangan kau tu?
hehhh Shidi..tergambar di mata kepala aku.. wajah seorang mamat yang boleh la dikategorikan hensom, terpelajar , tinggi tanpa misai tanpa janggut.. tapi tetap kacak bergaya.. sedang tersenyum kambing didepan aku.. ishhhh jauh betui imiginasi aku…hehhh tp aku pun pelik arr.. camner lah minah yang lawa ckit aku dari dia nie.. leh tackle pakwe selengkap tu.. pelik sungguhhh...

dia datang balik dlm hidup aku….mell.. ntah la aku sendiri tak tau..
nak buat macamana… semakin aku cuba lupakan dia.. semakin dekat dia dihati aku...

fiza memandang aku.. tepat.. alahaii aku dah rasa serba salahhh...

maksud kau..? aku terkejut..

ishh biau betul..bukan ke mamat tu dah pun mempunyai ikatan ngan gadis pilihan dia.. selepas bertahun2 dia buat kawan baik ku nie menunggu dan akhirnya jatuh tersungkur..

aku tahu mell.. ape kau nak kata. Ape kau pikir.. tp aku dah cuba sedaya upaya aku..untuk terima kenyatan yang dia dah jadi milik org.. tp dia cinta pertama aku.. my first love.. aku tak boleh lupakan dia sepenuhnya.. aku masih sayangkan dia sama jugak macam hubungan kau dan fendi dulu…

fendi?…
betul ke apa yang aku dengar nie…

lama benar rasanya aku tak dengar nama nie.. ehmmmm aku terdiammm..sengaja tak nak panjang2 cerita.. bagi aku kisah itu dah jadi kenangan..dah lama aku tutup rapat.. ku kunci rapi..agar leraian nya tak bisa menyakiti hati orang yang kini aku sayangi..


to be continued..
8/8/2005 K.Lumpur

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-->