Thursday, July 06, 2006

..Satu Nama Satu Cinta

.. Sesuatu tentang Dia

DIA

Dia sebenarnya hanyalah seorang gadis biasa.. seorang anak desa yang sedang berjuang meneruskan kehidupannya seperti insan lain.. yang mahu hidup gembira dan bahagia. Namun jalan kebahagian bukanlah semudah yang disangka.. menyedari tentang hakikat ini dia sedaya upaya cuba mengharungi kehidupan hariannya yang pastinya tidak lagi dia ketahui kesudahannya dan barangkali masih lagi tercari-cari dirinya sendiri. Sesuatu yang dia sendiri tidak menyedari..

dia masih lagi tak henti-henti membayangkan apa yang telah dilaluinya seminggu yang lepas dan mula memikirkan perkara yang bakal terjadi selepas nie.. dia hampir tak terdaya untuk melangkah.. malas.. namun tetap dilangkahi jua.. dia membilang langkahnya.. alangkah baiknya jika setiap langkahnya itu mampu membuat dia tersenyum.. namun tatkala itu langkah terus dihayun tanpa jiwa yang tidak lagi dapat berehat sebentar dari kekusutan. Dia merenung keluar tingkap.. deras permandangan ditinggalkan..

ada satu wajah sedang bermain di matanya.. satu wajah yang sangat dirinduinya.. dibiarkan nya wajah itu terus bermain disitu.. kerana dia tahu itu sahaja caranya untuk dia melihat senyuman manis itu dengan lirikan mata yang kecil dan sedikit sepet itu nampak bergitu berjaya dan sangat memikat hatinya. Dia tersenyum sendirian matanya dipejamkan.. menghayati lamunannya dan tiba-tiba terdengar suara wajah manis itu memanggil namanya.. sayup, namun sangat bermakna.. lantas segera diangkat kelopak matanya.. mencari punca suara itu.. tapi segera airmata pula yang jatuh berlinangan dari kelopak matanya yang terbuka itu.. saat itu dia sedar wajah itu, suara itu sudah jauh pergi meninggalkannya..

terduduk dia dicelah jendela yang ditembusi cahaya pagi tu.. meratap kepedihan hatinya.. dibiarkannya airmata nya itu jatuh membasahi pipi dan bajunya.. dibiarkannya suara tangisan nya itu kedengaran memecah kedinginan pagi itu.. betapa berat hatinya dia menanggung kerinduan yang semakin sarat membukam didada nya itu..

Setiap hari setiap kali dibuka kelopak matanya.. setiap kali itulah di suatu sudut jauh di dalam hatinya.. kesal kerana masih ada pagi menunggu untuk dipenuhinya.. dia sangat berharap agar tiada lagi kehidupan selepas ini untuk dilalui dengan penuh kerinduan begini. alangkah bagusnya jika malam tadi adalah malam terakhir bagi dia di dunia ini..

arghh.. bila mata telah dibuka..dia tahu itu bermakna hidup terpaksa diteruskan jua..walaupun dia terpaksa mengadap matahari, terpaksa mendukung rasa cinta dan rindu yang sangat sarat saban hari.. dia atur jua langkah kaki nya itu supaya masih seiring dengan masa yang kebelakangan ini agak kerap mempermainkan kehidupannya. dijalaninya kehidupannya yang sunyi tanpa suara orang kesayangannya itu, yang telah hambar tanpa senyuman kasihnya yang dulu sentiasa disisinya..

kerana masa, telah memisahkan dia dengan kesayangannya itu.. dia mengeluh perlahan.. taktahu bagaimana nak meneruskan langkahnya lagi..

-->