Wednesday, August 19, 2009

..merindukanMu..

Hari ini aku tegar mencarimu. Biar tidak kau jawab, namun aku akan tetap menyapamu..Kerana aku terlalu terlalu dan terlalu rindu. Hari ini aku tegar menunggumu. Biar tidak kau hirau, aku akan tetap menyapamu. Kerana aku terlalu, terlalu dan terlalu rindu. Hari ini aku masih tegar menyintaimu. Bukankah perpisahan ini adalah jalan untuk aku melupakanmu dan kau melupakan aku. tapi kenapa bukan sahaja ia tidak lari dari benak fikirku, namun semakin kuat kasih sayangku padamu dan semakin rindu aku padamu. Aku akan menyapamu, menunggu dan mencarimu. Namun kau tiada.

Kau tahu yang aku akan tetap menyintaimu dengan seluruh negara jiwa ku. Kau tidak akan kehilangan aku. Dikala tak tertanggung kesakitan merinduimu, kata-kata dan lagu lagu mu membuatku terus waras. Kau tidak akan kehilanganku. Namun aku masih takpaksa bersedia menanti dan menunggu detik masa dimana aku akan kehilanganmu selama-lamanya.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-->