Tuesday, May 02, 2006

Because of you..1


LUKA SEMALAM..

Tik..tok.. tik.. tok.. tik.. tok.. Bunyi detikan jam dinding milik arwah nenek memecah kesunyian malam.. ehmmm.. perlahan2 aku membuka kelopak mata.. ketat sungguh.. berat sungguh kelopak mata nie.. mata aku terasa bengkak.. aku cuba melihat kedudukan jarum jam.. dalam samar2 cahaya bulan yang masuk menyelinap diruang rumah menerusi dinding2 rumah yang dah reput dikunyah anai-anai..


"ehmmm.. dah pukul brapa nie? hehh.. dah jam 3 pagi rupanya..Sejuknya.." malam nie lain benar rasanya.. tangan aku meraba-raba mencari selimut.. nak kubalut rapi tubuh ku ini.. agar kedinginan malam ini tidak menganggu mimpiku..

Terpaku aku sejenak.. sayu hati aku.. syahdu dan sedu tetiba menyundang..mengetuk lalu menyentuh hati kecil aku..satu-satu wajah adik-adikku kutatap.. kubelai.. dan ku selimuti mereka.. alahaii adik2ku.. tidurlahh sayangg.. jangan kau hiraukan malam yang penuh kepahitan ini.. jangan kau simpan ianya sebagai mimpi ngeri.. tidurlahh…

"alonggg.. alonggg.. tolong mak nak..angkatkan makanan nie heh…boleh kita makan sama-sama.. ajak lah abah sekali.."

tergiang-giang di telinga aku.. suara lembut mak memangil aku.. laju aku mengangkat dulang yang berat tu.. ku hidangkan sopan di hadapan abah yang sedang kusyuk menonton berita.. adik2 sumer dah bingkas mengelilingi juadah..indahnya saat tu.. tatkala makan malam bersama.. along, mak, abah, angah, ija, icam, amin, kakak, ajiloi, dan ayang semuanya ada.. semuanya menjamu selera bersama.. kami makan bersama, ketawa bersama.. bergurau bersama.. malam nie mak masak ayam masak merah ngan sayur kacang.. pehhhh lauk peveret kitaorang tu..

"angah, semalam alang pergi mana? Angah pergi mandi sungai nyer.." abah memandang angah .. tepat.. angah tunduk..

buat mengetahuan korang, tak ada siapa pun adik beradik aku yang berani ke arah mata abah bila dia bercakap.. termasuklah aku.. walaupun aku nie anak sulung dia yang dah 15 tahun hidup bawah pantauan dia.. bukan sbb takut tp respek Oooo.. jangan cakap aku dan adik-adik.. kucing aku pun gerun nak tgk abah aku tu.. walhal abah aku nie bukanlah garang mukanya.. putih, tak ada misai.. tak ada janggut.. bertahi lalat di atas bibirnya.. dan yang paling aku banggakan.. abah aku nie hensem!! ada iras-iras penyanyi suara jantan negara tu.. alahai senang kata macam Jamal Abdillah arr.. cuma bezanya abah aku lagi hensom.. eccehhh..

angah tunduk..merah padam mukanya..kami menahan ketawa .. "mana ada, bah..angah tak pergi sungai pun.."

angah mengerding.. marah lah tu.. di ajuk didepan abah.."abih tu.. malam tadi angah berenang atas tilam kan.. sampai abiss basah kuyup tilam.." abah tersenyum sinis..

kami tak tahan ketawa dah..tgk muka poyo angah.. mana taknye dah tingkat 2 still nak terkencing atas tilam lagik.." eeee....tak maluu!!"

"Dah la tu.. makan cepat.. tak baik sakat angah kowang tu.. kang tak jadi makan pulak budak tu dibuatnya.." aiseyy cepat benau mak masuk line beak up angah..

alahaii.. nie lah mak aku.. hitam manis..bersaiz sederhana.. cantik, kalau sekali pandang sebijik macam muka pelakon tu.. si Rubiah Suparman.. lagipun mak aku nie pandai serba serbi.. pandai memasak, pandai menjahit, boleh bercucuk tanam.. malah rajin orangnya.. walau macam mana garang pun dia ngan anak2.. depan abah dia tetap beaking anak-anak dia.. wekekekeke.. so sweet sangat masa itu.. tp sayangnya seingat aku.. itulah kali terakhir kami menikmati makan malam yang bahagia bersama..

Panas terasa.. ada sesuatu menitis menuruni pipi aku.. hehhh menitis lagi airmata nie rupanya.. kebelakangan nie kerap benau ianya menghujani pipi nie.. alahaii.. aku betul2 rindukan saat2 bahagia tu.. bila lagilah ianya akan berulang kembali.. aku kesat perlahan air yang mengalir deras..semakin kerap ku kesat.. semakin laju pula turunnya..menitik-nitik membasahi kolar baju ku.. arghhhh.. aku dah tak tahan lagi.. bingkas aku bangun.. capai tuala yang tersidai di dapur.. aku jengah di pintu belakang.. tak kunci.. aku toleh ke kanan.. motor abah ada.. tp.. belum sempat aku menjawap teka-teki yang bermain dibenak aku.. aku ternampak kelibat bayang2 abah sedang duduk termenung mengepam asap rokok dipangkin.. di pangkin yang letaknya betul2 dibawah pokok rambutan dibelakang rumah.. berteman kan cahaya bulan penuh.. beriramakan sang cengkerik dan unggas yang bersahutan..

aku lihat abah merenung jauhh.. lagaknya seperti menghitung jutaan bintang dilangit..
"Alahaiii.. abahh.."
kali nie.. aku dah tak leh tahan lagi.. airmata aku menitis lagi.. tak sanggup nak tengok keadaan abah sebegitu.. dah hampir seminggu abah abiskan malam2 nya dibawah pokok rambutan tu.. aku tahu.. abah sedang runsing, bingung.. buntu dan susah hati.. aku nampak semua tu.. walaupun dia tegar melindungi airmuka suramnya dihadapan kami semua..tp dihatinya.. aku tahu dia juga bersedih dan terluka seperti kami.. malah mungkin lebih teruk dari itu.. mungkin juga ianya lebih pedih dari apa yang aku bayangkan.. "sabarlah bah.."

Peristiwa yang berlaku petang tadi benar-benar telah memberikan kesan dihati aku.. bukan sekali.. tapi dah kerap sangat dahh.. telinga nie dah tak tahan mendengarnya.. mata nie dah tak tahan menakung airmata.. fikiran aku dah tercelaru haru biru.. apa nak jadi ngan keluarga aku nie.. setelah bertahun-tahun bahagia hidup bersama.. mengapa derita pula yang datang menyusul? Ya Tuhann.. tabahkan lah hati hambamu ini.. semoga aku akan terus tabah menghadapinya..

Aku kembali ke sisi adik-adik ku.. sebelum aku tidur.. aku akan pastikan mereka tidor ngan nyenyak.. tanpa gangguan nyamuk atau pun semut.. ku selimutkan satu persatu..
Aku mendekati ija.. aku sentuh perlahan tubuhnya.. "Ija.. Ija.." terasa bergetar badan nya.. menahan sesuatu.. perlahan2 aku tarik selimut yang menyelubungi muka dan kepalanya itu.. "Ija.. nape nih?"

Semakin kuat kedengaran esakkan tangisan yang ditahannya.. airmata aku gugur lagi.. kali nie pantas aku kesat.. dan terus aku peluk ija erat dalam dakapan aku.. " Alongg.." tercungap2 dia melafazkan nama aku tu.. aku nampak..mata ija dah bengkak dan merah.. menagis dalam selimut rupanya budak nie..

"Bodoh..! naper menangis dalam selimut nie? macam budak2.. bahu along kan ada untuk kau lapkan airmata tu.." aku sekeh kepala dia.. dia tak mengelak.. sebaliknya terus mendakap aku..dan menagis teresak-esak.. bahu aku terus basah disimbahi dek air hinguss ija..

"Dah la lang.. jangan menangis lagi..tidorlahh.. esok, semuanya akan jadi macam sediakala.." perlahan2 aku kesat airmata yang mengalir dipipi gebunya itu.. alang atau nama mesranya ija.. adalah anak ketiga dalam keluargaku ini.. sememangnya anak yang manja dan sensitive.. tapi dia periang orangya, sering menjadi bahan usikkan aku dan angah.. dan tangisan dia nie aku tahu bencana yang melanda keluargaku ini benar-benar dah menganggu fikirannya..

"dah tu.. jangan pikir yang bukan2 lagi.. ija tidur ye.. esok sekolah.. nnt belajar rhajin2.. tahun nie ija nak UPSR kan.." perlahan2 aku cuba abiskan ayat aku tu..ku tepuk mesra bahunya.. tenang..dengan harapan dia dapat lelapkan matanya semula..

" tidurlah alang.. tidurlahh.." alahaiii.. pedihnya dada aku menahan sebak.. tapi pedih dan seksa lagi hati aku melihat airmata adik2 aku.. aku tahu aku terpaksa tahan rasa sebak aku didepan adik2 aku.. aku terpaksa.. aku takkan biarkan mereka rasa apa yang aku rasa.. walaupun ianya begitu sakit dan payah sekali bagiku.. kerna aku tahu.. yang kehidupan ini dipenuhi dengan seribu satu macam kebahagian tapi nak mencapainya perlukan beribuan macam pengorbanan.. dan aku berjanji pada diri aku.. aku akan cuba berikan perlindungan dan kebahagian kepada mereka yang begitu aku sayangi..

"Ya Tuhan. tabahkanlah aku..menghadapi semua ini.. tabahkan lah aku.." dihati kecil aku.. tak tahan lagi nak kulalui malam yang amat manyakitkan nie.. Matahari.. dimana kau matahari.. muncullah kau bawa harapan baru..supaya aku tegar menghadapi esok bersama dugaan yang telah sedia menanti aku..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-->