Tuesday, May 02, 2006

Because of u.. 4

Malam yang suram..

Gelap sungguh malam nie.. hitam pekat.. mujurlah sang bulan masih sudi menerangi malam yang hitam gelap gulita begini.. kata pujangga dulu.. malam tanpa bulan dan bintang adalah malam yang penuh kedukaan..malam yang tiada bererti dan malam yang begitu mendukacitakan...

tp semua itu sudah tiada maknanya bagi Omar.. Bapa kepada 9 orang nak kecil.. suami yang kehilangan kasih sayang isterinya.. lelaki yang hidup kerana tangungjawab dan kasih sayang terhadap anak-anaknya.. lelaki yang menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan duit yang semakin menjadi ancaman dan mimpi ngeri bagi orang-orang yang tak punyai kelulusan Universiti dan pekerjaan yang baik-baik seperti nya..

Duit.. orangkata duit adalah segala-galanya.. tp ada jugak yang kata duit bukan segalanya-galanya.. katanya kasih sayang tak boleh dijual beli.. betul ke sumer tu? tapi hakikatnya tanpa duit.. life is nothing.. tanpa duit kita takkan dapat kekalkan kasih sayang.. kerana duitlah, manusia berpecah belah.. saudara mara sanggup berbalah..suami isteri bercerai berai.. dan anak-anak menjadi mangsa.. hilang kasih-sayang dan hilang masa depan..

Fikiran omar semakin berkecamuk.. ligat memikirkan dimana hendak dikoreknya duit lagi untuk menbiayai anak-anaknya... duit simpanan nya telah habis digunakan untuk persekolahan along.. tp bil letrik perlu dibayar.. bil air.. cikgu dah berkali-kali hantar surat minta jelaskan yuran sekolah.. baju sekolah anak2pun dari tahun lepas tak berganti.. buntu..fikirannya buntu..langkahnya longlai.. lagaknya sudah tak bermaya lagi nak membelah gelap malam.. hatinya telah hancur.. mengenangkan nasib dirinya yang bagaikan dah jatuh ditimpa tangga.. lepas satu-satu musibah datang menimpa hidupnya..

tadi baru saja motornya ditarik.. kerana dah hampir 5 bulan tertunggak.. itulah satu-satunya kenderaan yang memudahkan dia mengais rezeki.. menghantar anak-anak ke sekolah... tp sekarang dah tiada.. pedih hatinya apabila memikirkan anak-anaknya terpaksa berjalan kaki ke sekolah.. langkahnya terhenti.. memandang tepat pada rumah kecil yang usang tu.. gelap gelita.. hatinya kecilnya kesal kerana tak mampu menjanjikan kemewahan kepada anak-anaknya..
" sabarlah nak.. abah akan berusaha mencari rezeki untuk kita sekeluarga.. tp abah tak boleh janjikan kemewahan.." mengeluh..

di kuaknya perlahan daun pintu itu.. risau nnt anak-anaknya sedang tidor akan terjaga.. ditatap satu-persatu wajah-wajah insan kecil yang menjadi mangsa kehidupannya yang susah.. matanya terhenti melihat lilin yang sedang menyala membakar diri sedang menerangi sudut kecil rumahnya itu..

"ehmm.. along.." sebak hatinya melihat anak sulungnya itu tertidur disamping buku-buku sekolahnya.. dia bangga mempunyai anak yang setabah itu.. begitu memahami keadaan nya.. harapannya setinggi gunung disandarkan pada anak sulungnya itu.. agar suatu hari nnt boleh membela nasib adik-adiknya yang lain..

"Belajar rajin-rajin ye anak ku.. semoga kau boleh jadi lebih baik dari abah.." ditiupnya lilin yang menerangi gelap pekat malam rumah kecil itu dan di selimutinya anak harapan nya itu dengan kain batik peninggalan ibunya.. dengan iringan doa dan harapan yang tinggi disandarkan kebahu anaknya yang satu itu.. " Sabarlah nak.."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-->